Thursday 4 April 2024

Bertapak

 

Umur yang meningkat seiring teman yang berkurangan.


Aku tidak pasti sama ada dewasa sedemikian rupa.

Perlu aku jelaskan, dari dulu lagi kawan-kawan ku tidak ramai. Adalah kurang sepuluh?

Bersendiri itu norma hidupku.
Tapi, aku juga perlu teman.
Kawan mahupun keluarga.

Makin lama aku harus akui. Bukan semua orang punya masa untuk kita. Hormati masa mereka. Kiranya dulu aku suka bertanya dan meminta sedikit masa untuk berhibur. Ya itu dulu.

...

Ibarat tapak kaki yang berkurangan. Jika dulu berpasang-pasang, mungkin sekarang hanya tapak kakimu sahaja.

Tidak perlu bimbang, kamu tidak keseorangan. Ada banyak pasang kaki namun bersepah keliaran.

Lambat laun semuanya akan bersendiri. Kita berjuang sendirian. Yang membezakan sama ada mahu menunjuk proses dan hasil, atau tunjuk hasil, atau mungkin cuma hilang menyepi.

Aku jalan sendiri lagi. Tidak lagi kekok.

Aku bebas membuat pilihan sendiri. Tidak lagi hipokrit.

Aku simpulkan, keresahan dalam diriku yang ingin berteman namun kalut menghantui saat manusia menghampiri.


Friday 29 March 2024

Aku kosong

 

Hari masih siang. Aku menanti hujan, bukan guguran air mata.

Aku boleh kata hampir setiap hari aku rasa tidak berguna.

Tapi sampai suatu ketika, aku tak mampu tanggung kehendak hatiku. Air mataku gugur.

Ya, teman. Musim kemarau, kita menanti hujan untuk turun. Bukan linangan air mata.

Bacalah teman. Aku harap kau faham. 

Makin lama aku tak salahkan diriku untuk kecilkan lingkungan kawan. Kawan yang dulu ku anggap fahami diriku, kini tidak lagi. Seharusnya aku lebih berjaga jaga, aku pasti mereka akan berkata begitu.

Mereka merendahkan aku,Tuhan. Mereka merendah rendahkan hidupku. Aku fikir, tidak pernah aku mempertikaikan kehidupan mereka, malah aku bangga mereka berjaya. Gamaknya aku ketinggalan.

Lama ku pendam benda ini. Andai orang biasa biasa mempersoal kisah hidupku, aku sudah lali. Tapi ini kawanku sendiri.

Ya aku kosong. Aku tak sama seperti kalian.
Ya aku ketinggalan. Jauh dan terpelosok.

Tapi kau buatkan aku rasa orang educated tak semestinya ada common sense.

Aku harap kalian faham kenapa aku makin menjauhkan diri. Walhal aku sedang cuba mencari teman agar tidak terputus hubungan.

Jangan sesekali lagi kalian kata, aku hanya fikir teman lelaki hingga lupa kawan. Banjingan. 

Saturday 16 March 2024

Lawan diri

 

Salam Ramadan Al Mubarak

Hari silih beganti, bagiku ia kian mencabar.

Soalnya aku sekarang di zon yang selesa. Aku takut semua itu. Ia berlalu terlalu pantas. Sedang aku berada di fasa suai diri, aku makin serasi. Kawan-kawan, minda, suasana.. itu semua. Aku makin takut. Keselesaan itu bagiku akan meragut jiwaku.

Aku lantang. Andai aku ingin berundur, aku tetap dengan pendirianku.

Kadang aku fikir aku kalut. Adakalanya seakan rasa tidak bersyukur. Ini tentang diriku sendiri, dan aku penat melayan rintihan orang lain.

Sejujurnya hidupku sepertia tiada hala tuju. Atau mungkin aku mudah berubah fikiran. Ada sebab kenapa aku tiada media sosial selain dari X. Cemburu aku tinggi. Ia tidak membangkitkan semangat malah lebih menanam juang diri.

Aku hadapi saat ini setiap tahun. Lawan diriku, diriku sendiri. Acap kali aku kalah. Tirai itu bukan matikan cerita, malah dijadikannya episod berjela.

...

Aku penakut. Aku takut pada perubahan. 

Tapi aku desak diriku. Sudah 3 bulan, aku masih belum keluar dari zon nyaman ini. 

Cuma aku hanya merungut pada mereka yang aku rapat, dan hanya berdiam saat yang baru tiba memperlekehkan.. 

Sunday 18 February 2024

Peluang kedua

 

peluang kedua atau kibar bendera putih sahaja?

Sepertinya tiada lagi untukku,
Peluang kedua,
Dasarnya aku sudah dibuang,
Tanpa sempat mengatakan sebab.

Aku menunggu,
Sehingga ada masa untukku mengulas,
Tapi seakan pintu tidak dibuka,
Sudah digari dan kunci dilempar api.

Lihatlah.

Kau boleh hidup tanpaku,
Kehadiranku bukan lagi bahagiamu,
Bayangku tidak lagi igauanmu,
Panggilanku tidak lagi disambutmu.

Aku sepi.

Mungkin benar diriku dibiar ganti,
Menanti saat ada yang menanti,
Aahhh begitu senang berubah hati,
Aku termanggu sendiri.

Jika benar tiada lagi peluang untukku,
Katakanlah,
Jangan biar aku dihantui persoalan.

Katakan,
Lafazkan,
Ucapkan.

Andai diari ini kau baca,
Tolong nyatakan padaku.

Apa masih ada ruang dihati,
Atau cuma diriku yang kaku,
Menjadi potret,
Yang pernah bertakhta.

Saturday 27 January 2024

Pulang

 

Jauh dari manusia itu ibarat pulang menyambut diri.

Bila kira pulang kerja itu,
Destinasi seterusnya adalah rumah,
Tempat beristirehat,
Bermalas malasan,
Mencari ketenangan setelah seharian menghadap manusia.

Diriku menyeleweng,
Fikiranku menemui jalan buntu,
Hatiku berkocak membadai jiwa,
Terus rumah bukan jalan pulangku.

Saban hari aku hilang diriku sendiri,
Aku lihat rumah bukan tempat aku menyendiri,
Ada hari aku kalungkan selimut untukku bersembunyi,
Aku lari dari realiti.

Hakikatnya rumah,
...
Hanya tempat melelapkan mata.

Aku masih mencari,
Apa hilangnya dalam diri.

Aku sedih. 
Jika dulu masih pagi aku tak akan menyendiri.
Namun kini ia tak mengira waktu.
Walhal kadang keliling ku punya ramai manusia, aku masih di alam hilang identiti.

Aku tahu, ramai diluar sana sepertiku.

Adakah kita sedang berperang dengan diri sendiri? 
Aku buntu.
Aku buntuh ketenangan.

Satu tempat yang aku rasa diriku temui tenang,
Di rumah agam.


Wednesday 10 January 2024

12 tahun

 

Salam tahun baru.

Bagaimana tahun barumu? Adakah hanya usia sahaja yang meningkat? Atau azam yang lalu ditanam kembali?

Ingin ku nyatakan, blog ini sudah masuk tahun ke 12 :) huray. Dari dulu postingku hanya kehidupkan. Dan ada satu tahap hanya ia diceritakan dalam syahdu. Ceritanya satu, tapi rangkapnya seribu.

Banyak sudah ku coretkan disini. Apa yang diluah, adakalanya ia tak mampu dilafaz pada manusia. Hanya papan kekunci (dulunya) dari rintihan hati yang tak dapat diungkapkan.

Hilangku, sepiku, diamku. Fikiranku bercelaru. 

Kukira hanya satu, rupanya masalah sang ratu. Lama ku biar, makin makan masaku renungkannya.

Terima kasih andai ada yang membaca. Tak ramai tapi ada. Doakan aku baik-baik saja. Moga kalian juga dapat yang sama.

Thursday 30 November 2023

Ragam orang

 

I'm in struggling phase.

Kalini aku borak random. Aku tak boleh nak berkias sebab otak aku tak boleh brain what had happened today. Aku cam what the f***???? 

Tolonglah aku ni dah masuk fasa nak hidup sendiri, nak survive, nak fikir apa nak buat akan datang. Bila nak bersihkan akuarium ikan, bila nak makan ramen aku beli, bila nak lipat baju, nanti tidur pukul berapa...siapa best artist in kpop (?) 

Banyak benda kut aku nak fikir pasal hidup aku. Aku tak nak pun jadi sebahagian dalam cerita orang. Nak wat guono aku dah terjebak. Tapi sebab ragam manusia* , otak aku jadi full. 

Aku fikir aku dah penuhkan expectation orang surrounding me. Tapi aku silap. Sekecil kecil kuman juga dinampaknya dan jadi isu besar. See I still can't stop thinking 😭

Tolonglah 😭😭

Umur aku next year dah 2+ something. Bukan budak budak nak fikir merajuk semua ni. 

Disebabkan kau punya kuasa, kau punya harta, mudah mudah kau hukum orang sekeliling. Kau kenapa eh??? 

Aku masih tak boleh terima kenapa ada lagi manusia yang berfikiran budak budak 😭 aku ni dah lah penat nak hidup, tambah beban pula nak memujuk orang 😭

Jangan lah hidup ni menyusahkan orang. Orang bukan ada masa untuk tau perihal hidup kau 😭 nak nak orangnya aku (yang tengah cari hala hidup).

Sampai kesudah aku masih sakit otak fikir kenapalah wujud manusia cam tu :))