Wednesday 27 December 2017

Dera

Sungguh aku terjerat,
Dengan kehidupan yang menghukum,
Tanpa belas terus membiat,
Kuatku meraung makin ia menghentam.

Ke mana harusku pergi,
Meninggalkan keharuan yang kian mengganas,
Menghantui hidupku sehari hari,
Penuh kejam lagi membuas.

Bila ia akan menamat,
Aku penat dikejar bayang,
Walau dalam kegelapan malam,
Kegugupan diri tidak tertanggung.

Aku mahu bebas,
Itu yang aku inginkan,
Mengapa begitu susah,
Suka melihatku seperti orang gila.

Dudukku sambil memeluk lutut,
Dalam penjara tiada kunci,
Terus menangis meraih simpati,
Sia sia tiada siapa mahu membantunya.

Fizikalku tiada daya,
Kekuatan mental kian rapuh,
Apa harusku lakukan lagi,
Menunggu panggilan mati.

Jadi itulah caranya,
Aku lari dari didera,
Keluar dari radar si pembunuh kejam,
Merantai leherku mengikut perintahnya.






Wednesday 20 December 2017

Sendiri

Sudah lama aku begini,
Sering kali dilihat bersendiri,
Tanpa kata terus menyepi,
Seperti ada sesuatu di hati.

Mereka membiarkan diriku,
Menyelam dalam hingga ke dasar,
Terbang tinggi tiba di angkasa,
Kejar terus tenggelamnya matahari.

Mana mungkin bisa mengerti,
Jiwa orang sedang berpuisi,
Diusik sikit terkoyak hati,
Hanya berdiam biarkan bersendiri.

Bukannya aku ini mudah terluka,
Sering dilihat bermasam muka,
Tanpa sebab yang munasabah,
Memgimbau kembali kisah lama.

Di kata orang berjiwa seni,
Ilham diberi Yang Maha Esa,
Harus bersyukur kepada-Nya,
Diberi bakat terpendam diri.

Kisah

Semua kisah selama ini,
Ku jadikan puisi,
Biar  tiada siapa mengerti,
Apa yang tersurat di hati.

Aku guna cara ini,
Aku reka ayat sendiri,
Juga difaham tuannya nanti,
Bila dibaca kemudian hari.

Sukar aku membuka cerita,
Berbicara seperti sebelum ini,
Sudah puas aku mencuba,
Aku cuma mahukan si pendengar yang setia.

Mengapa dia tidak memahami,
Apa yang aku rasai,
Kenapa tidak didiamkan kisah itu,
Haruskah dihebohkan pada yang lain.

Aku lali,
Ia terjadi berkali kali.

Kotak hati sudah penuh,
Dengan kisah mahu dinoktah tiada penghujung,
Terus tergantung sepi,
Disambung lagi bertambah parah.

Saturday 9 December 2017

Lagu

Lagu itu mula didendangkan,
Mendapat rentak bibir ikut serta,
Mata ditutup penuh khusyuk menghayati, Dalam dunia khayalannya sendiri.

Sedari lagu ini masuk ke jiwa,
Penuh tabik siapa karyawannya,
Sungguh puitis menusuk kalbu,
Berfikir hebatnya ilhammu.

Apabila muzik mula berputar,
Maka itulah yang dirasai pendengar,
Lagu syahdu lagi berduka,
Dia sedang bermain dengan perasaannya.

Sungguh tiada perasan,
Lagu menghampiri penghujung,
Dek kerana leka dengan irama,
Hampir dia berlalu sahaja.

Jiwanya jatuh terpikat,
Lagu itu dimainkan semula,
Liriknya dikaji berkali kalinya,
Cuba mencuri ilham si pengidea.

...

Wednesday 6 December 2017

Mangsa

Kiranya aku sudah tewas,
Melihat apa yang makin jelas,
Ingin ditutup hapus kenyataan itu,
Ahhhh pudar harapan ku.

Tiada pilihan ini semua berlaku,
Tak mungkin dapat diputar masa,
Merayu pada detik ulangkan semula,
Menganjak jarum biarkan situasi berpihakku.

Mahu membilang panah yang tertusuk,
Ada pahit ada manis yang masih berbekas,
Terus menjadi parut megahnya panahan cinta,
Sekali ingat hanya memalukan diri sahaja.

Aku tidak punya semangat,
Aku sudah penat,
Berapa kali terkorban,
Melawan diri yang degil nak mati.

Diri ini tiap kali menjadi mangsa,
Kerakusan hati membenam jiwa,
Tidak kisah apa itu sakitnya,
Hanya tahu menunjuk kehebatan cinta.

Friday 10 November 2017

Bukan aku

Sekian lamanya aku berdiam,
Menanti satu hening malam,
Yang begitu indah untukku bersenang,
Tanpa berfikir apa yang berlaku di depan.

Aku tak punya kuat,
Untuk buat sesuatu bukan dek akal,
Harus memaksa terus berpenat,
Bila lelah ditinggal orang takkan kekal.

Aku harap angin kan mendatang,
Membawa kabar lebih gembira,
Bukan lagi mengajak mendung,
Bersama dengannya bertambah duka.

Melankolik terus menjadi tema,
Aku punya usaha,
Mengubah puisi lebih bergula,
Namun sukar mengapa ikut rentak jiwa.

Bukannya aku sedang berduka lara,
Mengadu bahawa aku sengsara,
Bukan sama sekalinya,
Aku cuma bermain irama.

Aku hanya pinta,
Jangan percaya dengan katanya,
Dia bukan aku,
Hanya imaginasi semata.

Monday 16 October 2017

Aku berbicara

Orang kata dia hanya berdongeng semata,
Orang kata dia hanya bermain irama sahaja,
Tanpa peduli apa yang dirasanya,
Soal hati dipertaruh jiwa.

Hebatnya sang dia,
Bicara mendabik dada,
Menaip ikut rentak jiwa,
Tersilap bahasa dikecam bangsa.

Mulutnya terkunci,
Menari-nari si jemari,
Duduk diam tanpa bunyi,
Terleka khayalan sendiri.

Dia sedang bercerita,
Jangan paksa dikeluarkan idea,
Takut pelik apa yang dibaca,
Faham orang lari tajuknya.

.

Aku berbicara,
Hanya rekaan semata,
Ada benar ada sebaliknya,
Baca yang lama nilai yang baru.

Friday 13 October 2017

Toleh

Kau memanggil ku,
Berpaling semula ke arahmu,
Dengan senyum menghias bibir,
Manis dipandang hati mencair.

Menyapa sekian lama mendiam,
Terkaku seperti kaki dipaku,
Atas tanah yang penuh berbatu,
Hanya mampu berdiri membisu.

Mulut masing terkunci,
Terkatup penuh rahsia,
Bicara mata saat ini,
Terus mainan semata.

Aku paksa hati,
Hiraukan kau dan paling semula,
Biarkan ia sakit sedetik cuma,
Daripada untuk ditusuk selamanya.

Apa mahu lagi engkau,
Mengajak ku mengira bintang,
Bilangannya banyak seperti cinta lama,
Yang dibuang begitu saja dengan kejamnya.

Toleh aku daripada memandangmu,
Biarkan kau terus menangis sendu.

Saturday 23 September 2017

Flower

Assalamualaikum. So guys today aku ambil gambar so much of flower. Aku pun nak share gambar lah ni.

No edited.
But tak semua lahh aku post.
Just a little.

Singkat

Waktu seakan singkat,
Untuk aku berehat setelah lama berpenat.

Dunia seperti memaksaku,
Terus berdiri tidak tersungkur,
Laju berjalan lagi berlari,
Pantang berpaling maju hadapan.

Angin menyinggahku,
Memberi tamparan hebat,
Bukan lagi sepoi sepoi bahasa,
Memanggil taufan mengajarku.

Apatah lautan yang memukulku,
Ombak tinggi setinggi gunung,
Mengajak pasir menjadi tajam,
Bak serpihan kaca pasti berdarah.

Bila kesudahannya,
Aku akan rebah,
Sang helang terbang rendah,
Menyambarku menjadi mangsanya.


Monday 21 August 2017

Tika siang

Tiada apa lagi mahu dibicarakan,
Tiada apa lagi mahu dikisahkan,
Sukar untuk memahami sang aku,
Masih tidak sedar tiada apa berlaku.

Cuba untuk mencari ilham,
Tersekat pula di tengah kota,
Tidur ada faedahnya,
Daripada berpenat otak bekerja,

Aku sukar mencari rentak,
Apa lagi mahu dipuisikan,
Semua nya sudah lapuk.

Bila menjelang malam,
Otak mula memberi idea,
Sambil mendengar lagu balada,
Di situlah bicara hati mula keluar.

Friday 18 August 2017

Betah

Jauh di sana,
Dia sedang berlari suka,
Mengejar sesuatu yang dicinta,
Mengikat ketat agar ia tidak terbuka.

Dia tidak tahu,
Di penghujung laluan itu,
Ada sesuatu yang terbuku,
Untuk dia si malang itu.

Apa yang dia mahu sudah ada,
Kebahagian di depan mata,
Tanpa rasa toleh ke belakang,
Takut ada yang menjadi penghalang.

Merasai rasa enaknya gula,
Senyum hingga ke telinga,
Tahu manisnya sudah menghilang,
Kenikmatan hanya sebentar saja.

Akhirnya dia menoleh,
Berpaling untuk bersua,
Terbukam terpukau terkaku,
Apakah semua nasib sama untuk dia si malang?
Ingin gembira walaupun hanya sebentar,
Terpaksa reda diri ini siapa.

Ya dia si malang itu,
Sedari takdir begitu,
Tiada rasa kebahagian,
Hidup penuh kepahitan.

Takdir tidak boleh diubah,
Namun nasib boleh diubah.


Saturday 29 July 2017

Irama

Tiada lagi irama asmara,
Yang hanya mengisah si lara,
Dengan hati penuh bunga cinta,
Tercucuk duri tangan tak terluka.

Aku hanya bermain irama,
Agar mendapat rentak enak,
Sedap dibaca hatta didengar,
Bukan hanya dongeng semata.

Kisahnya benar,
Cuma ditambah perisa,
Rasa masam manisnya,
Pahit kelat tercampur juga.

Irama bertukar makin duka,
Acap kali tibanya malam,
Buku puisi akan dibuka,
Untuk berkongsi hebatnya silam.

Apa mahu bertukar irama bahagia,
Turunnya hujan bukan kerana bala,
Hembus bayu angin bagai di syurga,
Panas terik matahari menambah sinar wajah.

Ini irama ku,
Aku punya suka,
Kau tak perlu susah,
Hanya baca dan hayatinya.

Friday 28 July 2017

Silam

Kisah ku terhenti di situ,
Tanpa noktah mahupun seru,
Terabur sepah segala cerita,
Begitulah pengakhiran kita.

Tak perlu lagi berpuisi,
Tentang hati yang acah terluka,
Tiada sangka begini rupanya,
Hanya berimaginasi sahaja.

Sedih rupanya kisah si dia,
Buku lama dibuka semula,
Memujuk hati masih ada yang suka,
Bukannya tidak laku di mata.

Sukar nya aku yang gila,
Mahu menghujan tertitis tawa,
Mahu bertopeng tidak bertelinga,
Mahu berdepan bayangnya tiada.

...

Saturday 8 July 2017

Luaran

Di sebuah kota yang indah,
Aman damai tiada perbalahan,
Tersegamnya sebuah istana,
Yang dibina untuk sang pemerintah.

Di istana,
Tinggalnya pasangan kekasih yang katanya bahagia.
Rupa putera yang kacak mencairkan hati si pemandangnya,
Putih mulus sang puteri yang menjadi kegilaan pemuda pemudi.

Kata orang mereka pasangan yang bahagia,
Manakan tidak.

Seperti pinang dibelah dua.
Bagai cincin dengan permata.
Mahligai cinta impian gadis serata.

Tiada siapa tahu,
Tiada siapa lalu.

Retakan rumah tangga,
Bukan lagi hentakan biasa biasa.

Bukan musuh yang menyerang hendap.
Bukan musuh masuk tanpa salam.

Tapi.

Musuh depan mata.

Seharian mana mungkin tiada pertelingkahan.
Mana mungkin tiada esak tangisan.

Namun hanya dipendam sahaja.

Shuuhhhh

Kamu tidak perlu tahu.
Mengapa jadi begitu.
Kita hanya lihat luar sahaja.
Tak perlu jaga kain sang raja.

Apa yang terjadi biarkan saja.

Friday 7 July 2017

Malu sendiri

Untuk kali kedua,
Hancur berkecai,
Segala isi hati,
Menahan perit sakit.

Sudah dibilang,
Usah percaya,
Kenapa masih berpaling muka ?

Bila depan mata,
Sakit tidak terhingga.

Dulu kau beri harapan,
Agar kita dapat kenang kenangan,
Bahagia seperti orang lain.

Kini,
Aku tahu.
Dan
Aku malu.

Mengapa aku begitu percaya,
Pada orang yang tidak pernah berkata-kata,
Hanya ingin berpuitis semata-mata,
Sehingga melukai hati seperti tidak bernyawa.

Aku malu.

Kerana engkau,
Zaman kejatuhan ku mulai tiba,
Saat genting kehidupan ku mulai punah.

Friday 9 June 2017

Ditinggalkan

Mudahnya aku jatuh cinta,
Pada orang yang pertama kali jumpa,
Agar dia mengubati hati yang lara,
Menghulur tangan mata berbicara.

Begitu sekali aku menyimpan rasa,
Supaya engkau tahu apa itu harga,
Sebuah cinta yang telah mekar,
Menjadi bunga yang kian indah.

Tersimpul malu engkau tersenyum,
Aku hanya mengulam rasa bahagia,
Tidak sedar syaitan bertepuk suka,
Sedang maksiat di depan mata.

Aku terlupa,
Aku tersedar,
Aku hanya bermain dengan perasaan.

Kau bukan di depan mata lagi,
Hatta namaku tidak kau kenali,
Terbatuk siapa bicara tentang dirimu ini,
Namun diabaikan syak wasangka hati.

Aku kembali terjaga,
Kenapa aku begitu rela,
Memberi hati yang baru reda,
Dari panah sang cinta durjana.

Friday 26 May 2017

Gantung

Kalahnya aku,
Bendera putih berkibar seribu;
Rebahnya aku,
Darah pekat mengalir gitu.

Aku penat,
Dan aku tenat.

Kesudahannya tiada penghujung,
Tiada siapa menghitung,
Jasa sang Tuah untung,
Jika kalah nasib di tali gantung.

Saturday 18 February 2017

Kita

Hati berbunga-bunga,
Bila bertemu terlakar senyuman ,
Jiwa sudah bersatu,
Sehingga terbit cinta.

Kau dan aku,
Orang kata tak serupa,
Bukan lagi pinang dibelah dua,
Jauh langit Dan bumi,
Mungkin di dasar tanah.

Orang tak tahu,
Tiada siapa faham,
Cinta itu buta,
Bukan memerlukan kaca mata.

Namun,
Segalanya musnah,
Harapan punah,
Hati lunyah.

Janji tinggal janji,
Kata itu kata ini,
Tersimpan dalam kotak hati,
Tolonglah pergi.

Sudah mati cinta ini,
Bicara hati sudah terhenti,
Kau tahu bukan,
Rasa benci sudah terpacak di hati.

Air mata darah sekalipun,
Sudah menjadi aksi lakonan,
Diiringi senyuman,
Kau apa, banjingan.