Saturday 29 July 2017

Irama

Tiada lagi irama asmara,
Yang hanya mengisah si lara,
Dengan hati penuh bunga cinta,
Tercucuk duri tangan tak terluka.

Aku hanya bermain irama,
Agar mendapat rentak enak,
Sedap dibaca hatta didengar,
Bukan hanya dongeng semata.

Kisahnya benar,
Cuma ditambah perisa,
Rasa masam manisnya,
Pahit kelat tercampur juga.

Irama bertukar makin duka,
Acap kali tibanya malam,
Buku puisi akan dibuka,
Untuk berkongsi hebatnya silam.

Apa mahu bertukar irama bahagia,
Turunnya hujan bukan kerana bala,
Hembus bayu angin bagai di syurga,
Panas terik matahari menambah sinar wajah.

Ini irama ku,
Aku punya suka,
Kau tak perlu susah,
Hanya baca dan hayatinya.

Friday 28 July 2017

Silam

Kisah ku terhenti di situ,
Tanpa noktah mahupun seru,
Terabur sepah segala cerita,
Begitulah pengakhiran kita.

Tak perlu lagi berpuisi,
Tentang hati yang acah terluka,
Tiada sangka begini rupanya,
Hanya berimaginasi sahaja.

Sedih rupanya kisah si dia,
Buku lama dibuka semula,
Memujuk hati masih ada yang suka,
Bukannya tidak laku di mata.

Sukar nya aku yang gila,
Mahu menghujan tertitis tawa,
Mahu bertopeng tidak bertelinga,
Mahu berdepan bayangnya tiada.

...

Saturday 8 July 2017

Luaran

Di sebuah kota yang indah,
Aman damai tiada perbalahan,
Tersegamnya sebuah istana,
Yang dibina untuk sang pemerintah.

Di istana,
Tinggalnya pasangan kekasih yang katanya bahagia.
Rupa putera yang kacak mencairkan hati si pemandangnya,
Putih mulus sang puteri yang menjadi kegilaan pemuda pemudi.

Kata orang mereka pasangan yang bahagia,
Manakan tidak.

Seperti pinang dibelah dua.
Bagai cincin dengan permata.
Mahligai cinta impian gadis serata.

Tiada siapa tahu,
Tiada siapa lalu.

Retakan rumah tangga,
Bukan lagi hentakan biasa biasa.

Bukan musuh yang menyerang hendap.
Bukan musuh masuk tanpa salam.

Tapi.

Musuh depan mata.

Seharian mana mungkin tiada pertelingkahan.
Mana mungkin tiada esak tangisan.

Namun hanya dipendam sahaja.

Shuuhhhh

Kamu tidak perlu tahu.
Mengapa jadi begitu.
Kita hanya lihat luar sahaja.
Tak perlu jaga kain sang raja.

Apa yang terjadi biarkan saja.

Friday 7 July 2017

Malu sendiri

Untuk kali kedua,
Hancur berkecai,
Segala isi hati,
Menahan perit sakit.

Sudah dibilang,
Usah percaya,
Kenapa masih berpaling muka ?

Bila depan mata,
Sakit tidak terhingga.

Dulu kau beri harapan,
Agar kita dapat kenang kenangan,
Bahagia seperti orang lain.

Kini,
Aku tahu.
Dan
Aku malu.

Mengapa aku begitu percaya,
Pada orang yang tidak pernah berkata-kata,
Hanya ingin berpuitis semata-mata,
Sehingga melukai hati seperti tidak bernyawa.

Aku malu.

Kerana engkau,
Zaman kejatuhan ku mulai tiba,
Saat genting kehidupan ku mulai punah.