Wednesday 27 December 2017

Dera

Sungguh aku terjerat,
Dengan kehidupan yang menghukum,
Tanpa belas terus membiat,
Kuatku meraung makin ia menghentam.

Ke mana harusku pergi,
Meninggalkan keharuan yang kian mengganas,
Menghantui hidupku sehari hari,
Penuh kejam lagi membuas.

Bila ia akan menamat,
Aku penat dikejar bayang,
Walau dalam kegelapan malam,
Kegugupan diri tidak tertanggung.

Aku mahu bebas,
Itu yang aku inginkan,
Mengapa begitu susah,
Suka melihatku seperti orang gila.

Dudukku sambil memeluk lutut,
Dalam penjara tiada kunci,
Terus menangis meraih simpati,
Sia sia tiada siapa mahu membantunya.

Fizikalku tiada daya,
Kekuatan mental kian rapuh,
Apa harusku lakukan lagi,
Menunggu panggilan mati.

Jadi itulah caranya,
Aku lari dari didera,
Keluar dari radar si pembunuh kejam,
Merantai leherku mengikut perintahnya.






Wednesday 20 December 2017

Sendiri

Sudah lama aku begini,
Sering kali dilihat bersendiri,
Tanpa kata terus menyepi,
Seperti ada sesuatu di hati.

Mereka membiarkan diriku,
Menyelam dalam hingga ke dasar,
Terbang tinggi tiba di angkasa,
Kejar terus tenggelamnya matahari.

Mana mungkin bisa mengerti,
Jiwa orang sedang berpuisi,
Diusik sikit terkoyak hati,
Hanya berdiam biarkan bersendiri.

Bukannya aku ini mudah terluka,
Sering dilihat bermasam muka,
Tanpa sebab yang munasabah,
Memgimbau kembali kisah lama.

Di kata orang berjiwa seni,
Ilham diberi Yang Maha Esa,
Harus bersyukur kepada-Nya,
Diberi bakat terpendam diri.

Kisah

Semua kisah selama ini,
Ku jadikan puisi,
Biar  tiada siapa mengerti,
Apa yang tersurat di hati.

Aku guna cara ini,
Aku reka ayat sendiri,
Juga difaham tuannya nanti,
Bila dibaca kemudian hari.

Sukar aku membuka cerita,
Berbicara seperti sebelum ini,
Sudah puas aku mencuba,
Aku cuma mahukan si pendengar yang setia.

Mengapa dia tidak memahami,
Apa yang aku rasai,
Kenapa tidak didiamkan kisah itu,
Haruskah dihebohkan pada yang lain.

Aku lali,
Ia terjadi berkali kali.

Kotak hati sudah penuh,
Dengan kisah mahu dinoktah tiada penghujung,
Terus tergantung sepi,
Disambung lagi bertambah parah.

Saturday 9 December 2017

Lagu

Lagu itu mula didendangkan,
Mendapat rentak bibir ikut serta,
Mata ditutup penuh khusyuk menghayati, Dalam dunia khayalannya sendiri.

Sedari lagu ini masuk ke jiwa,
Penuh tabik siapa karyawannya,
Sungguh puitis menusuk kalbu,
Berfikir hebatnya ilhammu.

Apabila muzik mula berputar,
Maka itulah yang dirasai pendengar,
Lagu syahdu lagi berduka,
Dia sedang bermain dengan perasaannya.

Sungguh tiada perasan,
Lagu menghampiri penghujung,
Dek kerana leka dengan irama,
Hampir dia berlalu sahaja.

Jiwanya jatuh terpikat,
Lagu itu dimainkan semula,
Liriknya dikaji berkali kalinya,
Cuba mencuri ilham si pengidea.

...

Wednesday 6 December 2017

Mangsa

Kiranya aku sudah tewas,
Melihat apa yang makin jelas,
Ingin ditutup hapus kenyataan itu,
Ahhhh pudar harapan ku.

Tiada pilihan ini semua berlaku,
Tak mungkin dapat diputar masa,
Merayu pada detik ulangkan semula,
Menganjak jarum biarkan situasi berpihakku.

Mahu membilang panah yang tertusuk,
Ada pahit ada manis yang masih berbekas,
Terus menjadi parut megahnya panahan cinta,
Sekali ingat hanya memalukan diri sahaja.

Aku tidak punya semangat,
Aku sudah penat,
Berapa kali terkorban,
Melawan diri yang degil nak mati.

Diri ini tiap kali menjadi mangsa,
Kerakusan hati membenam jiwa,
Tidak kisah apa itu sakitnya,
Hanya tahu menunjuk kehebatan cinta.